Make your own free website on Tripod.com
Pengenalan | Sejarah Pejabat | Unit-Unit Jabatan | Galeri Bergambar | Maklumat Semasa | Borang-Borang Percuma | Senarai Pejabat Agama Daerah Negeri Terengganu

KURSUS PRA PERKAHWINAN.MAKLUMAT LANJUT TARIKH DAN BAYARAN KURSUS SILA HUBUNGI UNIT UNDANG-UNDANG KELUARGA PEJABAT AGAMA KEMAMAN.Tel 09-8591262

             RINGKASAN SEJARAH PEJABAT AGAMA DAERAH KEMAMAN

 

   Pejabat Agama Daerah Kemaman, dahulunya dikenali dengan nama Pejabat Qadi Daerah diwujudkan sekitar akhir 1930an. Qadi yang pertama pada masa itu ialah  Che Mohamad bin Abu Bakar yang telah berkhidmat dari 10 .02. 1938 hingga 17.08.1941.

  Pada awal operasinya, pejabat hanyalah sebuah bangunan kayu terletak di Lorong 1, Kg.Besut, Cukai, Kemaman. Kemudian, dalam tahun awal sekitar 1970an, Pejabat Qadi Daerah telah berpindah berdekatan dengan bangunan Masjid Sultan Ahmad, Cukai, Kemaman sehinggalah    30 April 2007. 

  Sebelum  ini, Qadi dan Hakim  adalah orang yang sama  sehinggalah pada tahun 1988, Jabatan Kehakiman telah diwujudkan dan bidang kuasa untuk jawatan Qadi dan Hakim diasingkan. Namun begitu kedua-dua pejabat ini masih beroperasi dalam bangunan yang sama. Dalam tahun 2000 masihi, semua pejabat Qadi Daerah dalam negeri Terengganu  telah ditukar nama kepada Pejabat Agama Daerah termasuklah jawatan  Qadi dikenali sebagai Pegawai Agama Daerah.  Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah dan Pejabat Agama Kemaman masih lagi berkongsi bangunan yang sama sehinggalah pada 1.5.2007 Pejabat Agama Daerah Kemaman berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang ini.